“Amboi….Kyra…bukan main kau kan ….Meja Akyra di ketuk perlahan oleh Jemah.Seorang lagi andartu terlampau di situ.Juga merangkap orang kanan Aklima.
Akyra yang sememangnya sibuk menyusun jadual untuk Raykal tersentak dengan perlian itu.Dia memandang wajah Jemah yang putih melepak seperti tepung gomak itu.Sudahlah lipstik merah menyala,blusher pula pink semacam kalah opera cina.
“Patut pun tak kahwin kalau dah mulut macam buah macang macam ni!!Detik hati Akyra.
“Kenapa pula ni kak Jemah…??Soal Akyra seperti tidak tahu apa-apa.
“Alah…dah kecoh satu ofice ni kau dengan Bos….amboi.Cepat kau potong jalan kami ye…Perli Jemah
“Eh….mana ada Kak Jemah…Akyra masih berlembut dan cuba tersenyum namun nampak begitu ala kadar.
Akyra meneruskan kerjanya.Malas sebenarnya mahu melayan orang seperti Jemah Binti Jeman ni.Bab mengumpat,mengutuk memang dia adalah pakar no 2 setelah Aklima menjadi juaranya.
“Kyra…Kami ni dah lama cuba masuk jarum taw.Tapi yelah kami ni tak cantik dan seksi macam kau…takkan lah Raykal yang kacak tu nak pandang kami ni kan ….Kata Jemah sambil mencebik ke arah Aklima yang memerhatikan dari mejanya.Aklima pula menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jarinya.Dasar keji!!
“Hah…sedar pun diri tu……Bisik hati kecil Akyra.
“Kak jemah….seksi apa nya.Kak Jemah tak nampak ke saya ni pakai baju kurung ni.Seksi apa bendanya…..
“Alah kalau dah memang body tu seksi pakai apa pun tetap nampak seksi..sebab tu bos kita tu tak tahan kot.Jemah buat-buat ketawa.
Akyra Cuma tersengih meluat benar melihat muka Jemah seperti itu.Lebih baik tengok muka orang gila.Lagi bagus.
Dia cuba menahan sabar.Memang benar kata-kata Safiah tempoh hari.Kerja di situ memerlukan kesabaran yang tinggi.Selain bos yang segila Raykal staf di situ juga kebanyakkannya juga sama mereng dengan majikan mereka.Yelah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
“Alhamdullilah…Syukur Allah dah beri saya tubuh yang sempurna.Kelebihan tu kak Jemah,so tak payah la saya susah-susah pakai skirt pendek semata-mata nak bagi bos kita yang gila tu meleleh tengok saya.Kata Akyra sengaja memerli Jemah yang kebetulan pada hari itu memakai skrit pendek paras peha.
Jemah terkedu apabila terasa yang dirinya di perli oleh budak baru seperti Akyra.
“Alah…Kyra…kadang-kadang kita ni tak boleh duga juga.Orang yang bersembahyang,pakai baju kurung tapi boleh buat maksiat kan ….bukan ke itu lagi teruk daripada pakai seksi-seksi…..Kata Jemah lagi tidak mahu kalah.
Akyra mencebik “Perli aku lah tu..belum pun sampai sehari dah kecoh.Aku pun satu..bodoh!!Macam manalah aku boleh terbaring atas badan bos.Sedaplah dia...hisss!!Menyesalnya aku!!Kononnya nak jadi macam sailormoon tapi hampeh...kekuda pun tak cukup kuat.Yang si Raykal tu boleh pulak dia elak sepantas itu!!
“Ha...mengelamun tu kenapa??Terasa ke apa yang Kak Jemah cakap tadi??Soal Jemah dengan mulut di cebikkan.
Akyra tersentak dia buat-buat sibuk mencatat sesuatu di dalam dairy kerjanya.
“Eh...mana ada.Kak Jemah..nama pun manusia.Setiap manusia tak lepas dari membuat kesilapan.Kalau ya pun mereka buat maksiat minta ampun dengan tuhan,InsyaAllah tuhan akan ampunkan..asalkan kita nekad tak akan ulanginya lagi.Tapi bila kita mengumpat dan mengata sesama manusia selagi kita tak minta maaf selagi tu kita berdosa Kak Jemah...Ujar Akyra sambil tersengih.Jemah terkebil-kebil sambil menggaru lehernya.
“Errr..yeke...apa-apa je lah Kyra.Akak ni tak pandai sangat nak menghukum orang...
Akyra mencebik dengan keningnya terangkat-rangkat.
“Mati kata lah tu!!Cepat lah kau berambus wahai Jemah Bt Jeman!!Desis hatinya.
“Ok lah Kak Jemah nak pergi buat air dulu.Ingat ye kyra...lain kali kalau nak ehem ehem pun jangan lah tunjuk sangat kat orang.Malu haih..!!Baik punya Jemah memberi amaran kepada Akyra tanpa ada sedikti pun perasaan bersalah mahupun kasihan.Main tembak sesuka hati
Akyra mendengus kasar.
“Salah kau juga Kyra!!Kau yang menyebabkan orang membuat fitnah!!Ya Allah ampun kan aku...!!Akyra berdoa di dalam hati.Kesal dengan apa yang terjadi.Dia benar-benar rasa tidak selesa.Selepas Jemah datang memerlinya datang pula Kamarul pegawai bahagian pemasaran bercakap yang bukan-bukan dan yang pasti ada hubung kaitnya dengan kes siang tadi.
“Kyra...bawakan saya Milo ais..!!Suara garau Raykal bergema di intercome.
“Baik...bos!!
“Siamang betul jantan sekor ni.Masih lagi ada hati nak berdepan dengan aku!!Bebel Akyra lantas terus bangun dan melangkah menuju ke pantry.
10 minit kemudia dia masuk ke bilik Raykal membawa mug berisi milo ais yang di minta.
Raykal segera menyandarkan tubuhnya ke kerusi sambil memandang ke arah Akyra.Akyra pula sengaja tidak memandang Raykal.Rasa marahnya terhadap lelaki itu masih lagi berbaki.
“Macam ni ke muka awak bila berdepan dengan majikan sendiri??Soal Raykal sambil menyambut huluran Mug daripada tangan Akyra dan dia sengaja menyentuh jemari Akyra.
“Kalau dah dasar kurang ajar tu sampai bila-bila lah tetap kurang ajar!!Marahnya di dalam hati.
“Errrmmm..ada apa-apa lagi bos???
Raykal tersengih nampaknya Akyra tidak berminat untuk melanjutkan perbualan mereka.Raykal mencari akal untuk cuba berbual dengan setiausahanya itu.
“Malam esok awak free tak???Soal Raykal agak serius.
“Errr...free kot kenapa??
Akyra berdiri tegak memandang Raykal.
“Takkan lah awak tak tahu kot?/Duga Raykal sengaja mahu menguji minda Akyra dalam mengingati jadual kerjanya.
“Errr...kejap saya pergi ambil my dairy...Akyra berkira mahu keluar dari bilik Raykal namun lelaki itu segera menghalang.
“Saya sengaja nak test awak.Takkan lah benda simple macam ni pun awak boleh lupa??Ke sebab marah sangat sampai dah hilang segala benda-benda penting yang sepatutnya awak ingat dan tahu??Perli Raykal baik punya.
Akyra menundukkan wajahnya sambil kakinya menguis-guis permaidani yang terdampar di dalam bilik serba mewah itu.Ya memang benar kerana terlalu marah sampaikan satu perkara pun dia tidak mampun untuk ingat.Dia mengutuk kealpaan diri sendiri.
“Maaa..maafkan saya..bos!
“Uwekkk…sumpah maaf ini adalah tidak ikhlas…adoi sakit betul hati aku dengan mamat ni..rasa nak simbah je muka dia dengan air milo.Biar dia tahu siapa aku…!!!
“Let me remind you!!Esok malam jam 9.00 malam saya ada temujanji dengan client dari singapore berkenaan projek KH di sempadan johor tu.So bermula dari malam esok dan untuk hari-hari yang seterusnya jika saya ada appointmen selepas waktu bekerja awak mesti dapat hadirkan diri..
“Tapi Encik....
“No exscuse...Kyra.Semua tu kan dah memang kerja awak sebagai setiausaha saya..perlu ke awak pertikaikan??
Akyra buat muka kesian.
“Saya masih dalam proses ambil lesen memandu...Akyra memberi alasan yang memang munasabah.Tengah malam celah mana dia nak dapatkan bus atau teksi.Kalau ada pun belum tentu ibunya akan izinkan.
“O...betul juga ya..!!Raykal mencari idea untuk menyelesaikan masalah ini.
“Saya jemput awak...easy...??Nanti saya potong duit overtime awak..
“Ceh!!Kedekut punya bos!!!!
“Hemmm...terpulanglah..Akyra menjungkitkan bahunya memandangkan dia tidak ada kemudahan lain,mahu ataupun tidak dia terpaksa bersetuju dengan cadangan Raykal.
Raykal menyembunyikan senyuman tidak mahu gadis itu perasan.
“Oh ya...lepas je lulus lesen,awak boleh gunakan kereta syarikat..so cepat lah sikit habiskan ujian memandu awak tu ya.Takkan saya nak jadi pemandu terhormat awak pula kan ??
Akyra mencebik sedikit kemudian dia pura-pura tersenyum sambil mengangguk-angguk.
“Aleehh...eksyen betul mamat ni..hiss menyampah betul aku tengok.Macam manalah agaknya lagi sebulan aku di sini ya??Dapatkah aku bertahan dengan kerenah gila dia yang suka mencampakkan file sana sini tu??Adoi tak ubah macam hamba abdi.Kalau bukan sebab aku dah sain kontrak dah lama aku angkat kaki..!!Ya tuhan berikan aku kesabaran yang mantap.Bukan mudah untuk aku berdepan dengan manusia gila macam dia ni..baru je 2 minggu aku dah rasa macam 2 tahun kat sini...Akyra melepaskan keluhan kecil.
“Awak memang suka mengelamun...ea??Tegur Raykal yang menyedari setiausahanya itu seperti sedang berkhayal dan ada kalaya Raykal menyedari yang Akyra memang suka bercakap sendiri.
“Errr...tak..tak saya dengar!!Akyra menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Raykal menggelengkan kepalanya.Sekejap wanita itu nampak macam terlalu berani,adakalanya dia jadi terlalu naif.Yang mana satu sikap dia ni yang sebenarnya??Raykal mengucap panjang di dalam hati.
“Dah awak boleh keluar...dan jangan lupa betulkan balik semua report awak tadi tu kalau taknak saya lempar file tu ke sana ke sini...Perli raykal dengan wajah yang cukup menjelikkan.
Akyra mengangguk dengan renungan yang tajam.
“Cisssss..!!Perli aku!!eeee bengangnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Akyra sengaja menghenpaskan pintu agak kuat biar lelaki itu tahu yang dia masih terluka mengenangkan kejadian pagi tadi.
“Macamlah dia ade share dengan Syarikat ni.Suka-suka nak hempas pintu bilik aku!!Bebel Raykal sambil menjeling Akyra dari dalam biliknya.