Thursday, 15 December 2011

"Boss I Love You.

BAB 1

“Dah..berambus!!!File berwarna kuning cair di lemparkan tepat ke dada Akyra.
“Aduh!!!!Akyra menyilangkan tangannya ke dada sambil merenung tajam majikannya itu.
“Bos memang dah melampau!!!Marah Akyra.
Lelaki yang berkemeja unggu cair dengan lengan yang di lipat paras siku itu terus memandang ke arah PA barunya itu.
“Apa yang melampau???Raykal buat-buat muka tidak bersalah padahal di dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu.Selalunya dia akan melemparkan file ke lantai tapi entah kenapa hari ini sasarannya jauh lebih tinggi dari biasa.
“Selama hari ni boleh pula awak sambut file saya sebelum ia jatuh ke lantai tapi kenapa hari ni nampak macam lemah aje??Ok awak boleh praktis lagi lain kali…
“Damn you!!Jerit Akyra kuat.
Raykal tergamam.Dia menelan air liurnya dengan mata yang terkulat-kulat memandang Akyra.Ni siapa bos siapa kuli??Detik hatinya.
“Selama hari ni belum pernah lagi orang bertindak melampau seperti ini kepada saya…
“Hei come on Kyra…file tu yang terkena kat situ,bukannya tangannya saya…
“Tapi sama juga macam bos cuba buat perkara tak elok kepada saya..
Raykal ketawa sinis.
“Apa punya kolot lah perempuan ni.Muka dah cantik,body dah tip top…tapi sengalnnya lain macam aje..!Desis hati Raykal.
“Bukan luak pun…Raykal seperti buat-buat biasa padahalnya dia memang tengah cuak.Macam mana kalau perempuan tu naik gila dan hebohkan satu pejabat yang dia cuba mengambil kesempatan??
Nafas Akyra turun naik menahan rasa amarah yang menggila.Kali ini lelaki itu perlu di ajar.Supaya lain kali dia tidak lagi bertindak sesuka hati seperti tadi.
Dia melangkah 3 tapak ke depan dan berdiri tegak di hadapan Raykal.Namun Raykal masih cuba bersikap slamba.Sebaliknya matanya rancak merenung wajah jelita Akyra yang berdarah campuran melayu cina dan india itu.
“Satu malaysia memang cantik!!Masih terngiang di telinga Raykal sewaktu Danial menemuduga Akyra tempoh hari.Dan memang tepat pilihan Danial yang satu ini.Terlebih berani!!
 “Bos fikir ini Syarikat baaaaaaapak…bos yang punya then bos suka-suka hati boleh buat macam tu kat saya????Jerkah Akyra sambil membongkokkan sikit tubuhnya agak lebih dekat dengan lelaki itu dan jarak mereka tidak kurang dari 10 inci.
“Biar dia bau aroma mulut aku yang wangi sangat ni”Bisik hati kecilnya.
Raykal terkebil-kebil memandang Akyra.
“Apa kena dengan awak ni Kyra??Meroyan ke???Ingat sikit i`m your bos right now
“Memang meroyan….baru tahu ke?Bos tak bos kalau dah perangai macam orang tak cukup sifat memang layak kena penumbuk saya ni??Akyra menunjukkan penumbuknya tepat ke muka Raykal.
“Eh…jauh sikit boleh.Kang tak pasal-pasal orang ingat kita nak buat perkara tak elok pula kat sini….Kata Raykal sambil menolak kerusinya sedikit ke belakang menggunakan kaki.
“Tahu takut!!Akyra tersenyum sinis.
“Ingat saya takut ke dengan Bos???Akyra masih lagi belum berpuas hati.
“Awak betul ke ni nak berlawan Kyra???Saya tak kisah…kang saya dah lancarkan peperangan awak tak boleh nak tarik balik??Ugut Raykal sengaja mahu memercikkan lagi api kemarahan gadis itu.Dia mempamerkan wajah yang berani walaupun dalam hati langsung tidak menduga Akyra seberani itu.Dari manalah kau kutip minah ni Danial!!
“Sepatutnya saya yang serang bos sebab dah buat gangguan seksual terhadap saya…
“Seksual jadah apa pulak??Aku tak sengaja.Mana aku nak tahu file tu nak terbang baik punya kat dada dia…Bisik hatinya.
“Seksual apa pulak??Bukan ada sentuhan pun……Dalih Raykal
“Jangan rasa diri tu tak buat salah boleh tak?Tempelak Akyra lagi kali ini bertambah kuat.
“Saya tak pekak lagi awak tak payah nak jerit-jerit macam tu!!Bidas Raykal
“Tak apa biar bos dengar dengan teliti,kalau boleh biar taik telinga tu cair sekali…!!Oh lupa nak beritahu yang saya ada silat….atuk saya guru silat.So lepas ni kalau bos berani lagi buat macam tu pada saya,saya tak akan teragak-agak untuk lipat kepala bos!!
Raykal ketawa terbahak-bahak sambil menekan perutnya.Sumpah Akyra memang kelakar.Tak padan dengan muka cantik tapi kalau buat lawak bodoh memang menjadi.Terserlah kebodohan alang-alangnya itu.
“Serang lah kalau awak berani….Cabar Raykal dengan wajah yang masih lagi ingin ketawa.Dia sudah siap bersedia mana tahu kalau Akyra benar-benar maksudkannya.
“Jangan menyesal…bos!!Akyra mengetap giginya.
“Tak!!Takut awak yang menyesal aje….Usik Raykal lagi.
Akyra menggempal penumbuknya kali ini dia betul-betul nekad kalau dia di berhentikan kerja pun dia tidak kisah asalkan lelaki yang kononnya kacak itu dapat di sekolahkan.
“Berani ke???Duga Raykal lagi yang tidak sabar mahu melihat aksi silat gadis itu.Apalah sangat dengan silat yang dia ada jika mahu di bandingkan dengan tenaga lelakinya.
Akyra mendengus geram yang teramat sangat.Dia mengangkat tangan separa dada dan….
“Nah…rasakanlah…………Jeritnya persis salaimorn yang mahu menghukum lawannya.
“Hiapppp….Raykal mengelak ke kiri dengan mudahnya dapat membaca serangan Akyra.
“Aaaaaaaaaaaaaaaaaa…………………..
Jeritan Akyra bergema namun tidak berguna lagi kerana dia tidak dapat mengimbangi tubuh dan akhirnya dia terpelosok ke depan dan tanpa di duga Raykal sudi menyambut tubuhnya dari tersembam ke bucu meja.Kalau tidak memang dia akan menetap di hospital kurang-kurang seminggu dua sebab biol.
Raykal tergamam apatah lagi dengan Akyra yang kini betul-betul tertiarap di atas dadanya.Mata mereka yang bulat bagaikan mata ikan itu terbelalak sesama sendiri.Akyra langsung tidak menduga yang dia boleh  terlupa untuk mengimbangi tubuh dan inilah akibatnya kalau tidak berhati-hati dan akhirnya diri sendiri yang termalu.
“Cantiknya.....Detik hati Raykal tatkala terpandang seraut wajah bujur sirih yang nampaknya agak berpeluh dan kemerah-merahan.Anak matanya beralih pula merenung sebentuk bibir yang kelihatan agak lembab dan berwarna merah jambu persis bibir pelakon luar negara yang menjadi idaman setiap lelaki sepertinya iaitu Megan Fox.Walaupun dia berlakon macam kayu namun dia tetap menjadi penyeri di dalam filem penuh aksi Transformers 2 selain kehadiran bumble bee yang cute dan baik hati.Raykal tersenyum sendiri.
“Kacaknya....tapi kenapa dia selalu buli aku sejak hari pertama aku di sini??Mata Akyra terkebil-kebil menentang pandangan Raykal.Wajah lelaki itu nampak begitu bersih tanpa sebarang cela.Walaupun berkulit cerah Raykal memiliki seraut wajah yang cukup baginya memang jantan dan penuh dengan ciri kemelayuan.Tidak hairanlah semua staf perempuan di Emas Holding sentiasa mengidamkannya.Sudahlah kacak kaya pula tu.Haihhhh.......
 “Ehemmmmm”!!!!Satu suara berdehem kuat mengejutkan Raykal dan Akyra.Serentak mata mereka tertancap ke arah suara itu.
“Apa??Kak Aklima????Mati aku………Jerit Akyra di dalam hati.Sepantas kilat dia bangun dan membetulkan baju kurungnya.Raykal pula membetulkan kedudukannya dan mengambil tempat seperti biasa.
Akyra segera mencapai file yang di lemparkan oleh Raykal sebentar tadi.Kemudian dia menapak keluar dan terpaksa melalui hadapan Aklima merangkap wartawan pencen di syarikat itu.
“Kalau ya pun nak bermaksiat jangan lah di sini..Perli Aklima separuh berbisik di susuli dengan jelingan tajam.Walaupun Cuma berbisik namun dia belum lagi pekak untuk tidak mendengar kata-kata nista itu.Namun dia terus melangkah keluar tanpa mempedulikan pandangan Aklima dan Raykal.
“Lain kali kalau nak masuk ketuk dulu pintu tu boleh…Tegur Raykal dengan wajah yang bengang.
“Err…ma..maaf bos.Tadi saya dah ketuk berkali-kali lepas tu saya masuk aje lah…tak sangka pula bos dan Akyra tengah…….Aklima terdiam apabila mendapati dia sudah terlanjur kata.
“Jangan nak buat tuduhan sembarangan ya..Raykal memberi amaran keras dengan wajah yang cukup serius.
Bukan dia tidak tahu yang Aklima memang suka menjaga tepi kain orang.Lepas ini entah apa lah cerita yang bakal di hebohkan kepada staf-staf di luar sana yang sentiasa ingin mengambil tahu hal peribadinya.
“Hah…ada apa awak nak jumpa saya ni??
 “Errr….saya nak dapatkan tandatangan bos untuk cek-cek ni…Beberapa kepingan cek yang telah di tuliskan jumlah dan nama penerimanya di hulurkan kepada majikannya.
Raykal mencapai kepingan cek itu dan terus menurunkan tandatangannya.
Ada apa-apa lagi??Soalnya kasar.Meluat pula melihat seraut wajah itu.Menurut cerita Danial dulu Aklima pernah cuba-cuba mahu menggoda papanya Datuk Mukhriz namun belum pun sempat dia meluahkan rasa Kamalia sudah potong jalan dan akhirnya wanita yang juga merupakan bekas setiausaha papanya itu telah menjadi isteri nombor 2 merangkap ibu tirinya secara sah sejak 2 tahun yang lalu.
Pantas Aklima menggelengkan kepalanya.Bukan dia tak tahu perangai baran anak kepada Majikannya itu.Silap cakap memang buruk padahnya.Bukan dia tidak pernah di maki oleh Raykal kerana tersalah menghantar maklumat mengenai proposal ke sebuah syarikat di indonesia dan akibatnya Raykal yang terpaksa menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada client dari negara seberang itu.Itulah sibuk menjaga tepi kain orang..sampaikan buat kerja pun boleh silap!!
Selepas mengambil cek itu dia terus berlalu keluar dengan perasaaan yang tidak sabar-sabar.Cerita hot dan sensasi itu perlu di hebahkan kepada rakan-rakan sekerjanya yang lain.Lagipula Akyra memang selalu menjadi tumpuan dan perhatian staf-staf lelaki yang masih bujang di situ.Sahamnya juga turut jatuh setelah kehadiran Akyra di situ.Budak baru itu perlu di ajar”Bisik hati kecilnya.

4 comments:

  1. best :) keep on writing..nnti inform kt shoutbox kite k bile dah update sambungan dia... hehe

    ReplyDelete
  2. ok dear..thanks...fot ur comment!!

    ReplyDelete
  3. ehh best la cerita ni.. bolh jd novelis:)

    ReplyDelete